Monday, 13 June 2011

Diriku Yang Dahagakan Rindu

           


 Hari-hari yang kurasakan amat perit dan payah berbanding hari-hari yang lalu.Lidah yang kelu juga nafas yang tertahan seakan tak mampu untuk ku meluahkan apa yang tersirat  dihati ini.Orang di sekeliling yang xpernah memahami perasaan yang dilaluiku sejak berzaman.Mahu dipendam terasa seperti ada batu berat yang menimpa.Saat ini t seorang pun memahami diriku ini yang dianggap seperti peempua sial,bodoh,perosak keluarga.Bila mengingatkan kembali dosa semalam,aku tersakan betapa rosaknya akhlakku.Tiada siapa yang akan lagi untuk mempedulikan budak hina ini.
             ‘mama ! datang la tengok akak masuk final untuk olahraga dan pada yang sama cikgu nak bagi laporan kelakuan dan keputusan exam untuk tahun ni.!
Alaaa akak bukan pernah dapat no 1 pun kan? Alaa mama sibuk la,nak pergi kursus lagi,hari selasakan mama da pegi da,makanan pun banyak lagikan,jangan la mengada2.pasal buku laporan 2 nanti mama amik.Ok mama! Xpela akak letak dulu k !syiling da abis.akak sayang mama!
Makanan??itu yang dirisaukan??
Yang aku ingat itulah ayat terakhir yang  selalu aku gunakan bila aku call mama.Mama,ibu,umi,mak panggilan yang sama untuk ibu kita.Ibu yang melahirkan kita,membesarkan kita dengan susah payahnya.Aku sayang mama sangat2..
      Keadaan die sekolah hari itu amat hingar binger,amat boleh memekakkan telinga kepada sesiapa yang tension or tak boleh bising2.
Aku? Sentiasa akan bersendirian di tingkat atas sekali bangunan.Sebenarnya pelajar tak dibenarkan jejak ke kawasan bangunan or kawasan kelas ketiika sukan tahunan seperti ini diadakan.Biasalah sekolah sukan,boleh dikatakan sekolah ‘elit’ la.Sepintas lalu aku teringatkan saat aku nak naik ke tingkat atas ni.
Assalamualaikum,aku bersahaja memberi salam.Assalamualaikum!!! aku sedikit  menjerit memberi salam sekali lagi.
Ahh kenapa dengan awak ni!!! Sakinah sahabat ku seakan terkejut.
X la…ana nak bagitau yang ana nak ke tingkat atas kejap.aku sedikit bebisik.
Mana la boleh naik atas kan cikgu da beri amaran,nak kena lagi ke?
Aku segera menggeleng setelah mengingatkan saat aku ter’kantoi’ dan segera dipanggil ke hadapan perhimpunan pagi.
Allla…kalau awak xbagitau xkan ana nak kene lagikan?dia akhirnya tersenyum dan mengangguk tanda bersetuju.Aku kemudiannya ketawa. Aku yang tengah bersama dengan kawan2 meminta diri.
Setelah terlepas dengan sahabat2ku ini.Cabaran yang lain pula timbul apabila seringkali pula terserempak dengan adik2 yang tinggal sekali dihostel..bertanya itu ini,mengajak kesana sini,arrg lagi membebankan aku..aku sekadar mengangguk,mungkin diorang dah faham benar dengan perangaiku yang endah tak endah ni…
Aku berjalan pantas untuk sampai ke destinasi yang benar2 aku ingin sangat pergi saat2 begini.
Setibanya di hadapan pintu naik bangunan..aku segera mengaminkan tangan tanda selamat  dan tiba2 terpacul wajah c adik pengawas.
Assalamualaikum  akak! tolong gantikan mira,mira nak pegi beli air kejap!!
Yup!! Ta…pi cepat sikit!! Aku segera berlari ketingkat paling atas dan beralih ke balkoni..
Terasa lapang dada,take a deep breath..huuuh..aku memalingkan muka menjengah sekiranya mama telah sampai.Xda kereta mama,adik2ku jauh sekali,abah?xmungkin..
Kecewa? Xpayah la susah2 nak tunjuk wajah kecewa tu..da jemu..tahun2 lepas pn mana ada pernah datang..Kad laporan tu?? Kau jugak yang tanda tangankan akhirnya..suara hatiku berkata…

Terhenti lamunanku apabila terdengar namaku dilaungkan  dengan kuat,mungkin da kali ke-3 kot namaku dijerit.aku tersenyum…
Lucu agaknya…Kemudian terdengar sekali lagi namaku dilaungkan agar berjumpa dengan guru tersebut.3 hadiah dah yang telah aku biarkan,seperti tahun2 lepas.
Sama…
Aku teringatkan saat aku tidak hadir untuk mengambil hadiah2 tu tahun lepas di pejabat..Hadiah apa la sangat nak dibandingkan kasih sayang?
Awak ni kenapa ya !apa yang dah jadi dengan awak ni? Dulu bagus sangat,sekarang da nak tunjuk perangai?awak ingatdan sedar  sikit awak tu penolong ketua pengawas,ikut kepala hotak awak je,ikut kawan2,betul la apa yang ibu awak cakap tu !! Dia hantar awak ke sini pun sebab dia x sayangkan awak pun.buang je jejauh…
Mama??? Apa yang dah mama ceritakan tentang aku pada guru2 ni??hatiku tersentap setelah nama mama disangkut pautkan.
Jahat sangat ke aku ni? Macam hina sangat dimata diorang..pasal ketua pengawas tu?sumpah aku xmintak pun.korang yang juga cakap aku ni berdisiplin xmacam pelajar lain..aku sampai nangis2 xnakkan?aku xnak pun jawatan2 ni..aku yang hanya mampu bersuara didalam  hati,selagi aku mampu bersabar,aku akan bersabar..
Dah jangan nak tunjuk bagus awak kat sini..seorang lagi menyampuk…
Selepas aku menerima nasihat2 yang amat2 baik itu,aku segera beredar dari pejabat tanpa mengambil 1 pun hadiah tu.
Aku tersenyum saat  memikirkannya kembali.,dan segera memandang ke langit memikirkan hari2  yang mendatang…
Janji yang meninggalkan rindu yang mendalam..

Aku melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang menghadap ke jalan raya. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tudungku turut terbuai ditiup angin semilir petang.aku melihat ke arah  belakang sekolah..kampung..Ada anak-anak kecil yang sedan berkejaran. Ada yang sedang berbasikal dan ada yang sedang bermain badminton. Aku tersenyum melihat anak-anak kecil ini. Indahnya alam kanak-kanak.
Di sudut lain pula ada anak-anak remaja yang sedang berkumpul di atas motosikal masing-masing. Mungkin menunggu waktu yang sesuai untuk merempit. Ada juga anak-anak gadis berpakaian kurang sopan sedang berjalan-jalan. Aku mengeluh. Sebagai seorang gadis, aku turut merasa malu melihat mereka berpakaian seperti itu. Ya, lebih memalukan kerana mereka bertudung. Tudung yang bukan tudung dengan pakaian yang ketat dan sendat.
Aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Hatiku sayu mengenangkan umat Islam kini yang semakin rapuh imannya. Dan aku? Tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubahnya. Aku bermonolog sendirian. Dahulu, aku juga seperti mereka. Bertudung sekadar syarat. Bagiku, asalkan bertudung itu sudah cukup. Tetapi segala-galanya berubah kerana suatu peristiwa.

         Aku mundar mandir didalam bilik..masih terasa sakitnya hati,sakitnya dipukul..
Mengantuk??memang pun tapi xdapat  nak lelap pun walau hanya 1 minit.Sakit yang mencengkam hingga ke tulang tambahan lagi hati yang sedih dan pedih..
Aku yang tak pernah memahami hati dan jasad mama or aku yang sebaliknya?
Mama ???
Insan yang aku agung2kan selama ini…
Pantang ada yang terkena sekiranya ada yang terkata yang bukan2 tentang mama.
Aku teringatkan saat ada kakak senior yang cuba untuk menyakitkan hati aku tersebutkan nama mama..Mama langsung tak amik berat pasal aku,aku ni yang terhegeh2! tah2 aku ni anak angkat.
Saat itu aku meluru ke arah dormnya.Dan akhirnya pada malam itu seseorang telah mendapat sepakan yang agak kuat di pipi..
Gempar satu asrama,aku yang penyabar telah dirasuk jembalang.keputusannya kakak itu tidak bercakap denganku hampir setahun itupun setelah hampir dekat dgan spmnya.
Kesabaranku?aku berjanji itulah yang terakhir aku hilang sabar sebab???
Mama…..
Mendidik dengan kasih sayang dan penuh rasa cinta seharusnya menjadi tunggak seorang wanita bergelar ibu. Dia sewajarnya menginsafi bahawa tidak ada satu pun yang dapat menghalanginya untuk memberikan keperluan jiwa seorang anak berupa kasih sayang dan perlindungan baik dalam menegaskan kebaikan mahu pun mencegah keburukan.
Jika sikap baik seorang guru yang memberi penghargaan berupa pujian, ransangan dan senyuman boleh melahirkan pelajar yang sukakan sekolah; apatah lagi seorang ibu yang mengalir di dalam batinnya fitrah kasih dan cinta kepada insan bernama anak. Dari saat mengandung dengan penuh lelah dan payah sehingga tiba masa melahirkan dengan nyawa sebagai pertaruhannya.
Seterusnya, tugas mengasuh dan membesarkan dari kecil hingga dewasa. Tentu saja, dari kasih dan cinta seorang ibu seperti ini akan meransang hati seorang anak untuk menjadi anak yang berbakti. Ibu mendidik dengan hati, anak menerima juga dengan hati. Dua jiwa , satu hati.
Inilah kelebihan wanita yang waktu dan masanya lebih banyak diluangkan untuk mengasuh anak-anak di rumah. Dengan tangannya sendiri dia membelai jasad dan tubuh fizikal anak-anak melalui tugas-tugas rumahtangga seperti membersihkan pakaian, menyediakan makan minum serta memastikan persekitaran rumah yang bersih dan menenangkan, juga dalam masa yang sama menyentuh hati dan rohani melalui didikan al Quran, akhlak dan budi seorang mukmin sejati. Tanggungjawab yang bukan sedikit imbalannya, agar lahir dari didikannya nanti seorang pemimpin dan generasi soleh di masa depan.
M ………………….
Nama yang sering aku sebut2 dengan megahnya…

Bertudung labuh dan diriku…
Teringatkan saat aku menaiki bas untuk pulang ke kampong dari asrama..
Bas mula bergerak menuju ke destinasi. Aku duduk seorang diri. Begku letakkan di kerusi sebelahku. Sengaja. Aku tidak mahu ada orang duduk di situ. Tiba-tiba..
'Kak, boleh saya duduk kat sini?'
Seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an menegurku. Aku memandangnya sekilas.
'Suka-suka je panggil aku kakak. Mentang-mentang aku pakai tudung labuh. Tak nampak ke aku bawa beg sekolah ni?'
Aku serba-salah. Aku bimbang peristiwa itu akan berulang lagi. Tanganku perlahan-lahan mengambil beg di sebelah tempat dudukku. Pemuda itu juga kelihatan teragak-agak untuk duduk. Dia sekadar duduk di hujung kerusi. Langsung tidak bersentuh bahu denganku. Aku tersenyum. Lega.
'Sekolah lagi ke?'
Aku tersentak apabila suara lelaki itu menegurku. Aku menoleh dan mengangguk.
'Sekolah agama ke? Kat mana?'
' A'ah, 'aku menjawab hanya separuh dari pertanyaan..
'Ooh..yeke. Baguslah adik pakai macam ni bila keluar. Jangan pakai tudung labuh kat dalam sekolah je. Orang yang pakai tudung labuh ni, maruahnya terjaga. Bila pakai tudung labuh, orang tak berani mengurat. Hihi..'
Aku terdiam mendengar kata-katanya. Terasa kata-kata itu benar-benar tepat menikan di hatiku.
'Abang turun dulu. Kalau nak tahu, abang ni ex sekolah adik'
Aku mula mengikhlaskan diri dalam bertudung labuh. Aku tidak lagi memakainya hanya untuk ke sekolah. Aku memakainya di mana-mana sahaja apabila aku keluar dari rumah. Dan segalanya benar, bertudung labuh secara automatik membuatku terjaga. Maruahku terpelihara dan tidak dipermainkan. Tiada orang yang berani menggangguku bahkan dengan bertudung labuh juga, aku jadi lebih berhati-hati dengan sikapku kerana aku tahu ada banyak mata yang memerhati langkahku.

Sakit dan demamku jarang aku menghebahkan ke mama dan abah. Xnak dicop mengada-ngada...
Saat ini aku teringatkan waktu tibanya aku untuk pulang sempena cuti weekend..
‘Mama !!! minggu ni akak balik..
‘huh ,mama xdapat ambik la..nak balik kampong..akak tdo uma kawan k!!! tut……….tut……
Belum sempat aku menghabiskan kata terpacul keluar dari mulut mama yang dia xdapat amik aku d asrama..
Aku tidak pernah tidur di rumah kawan akhirnya terpaksa juga..itupun ada yang bersimpati untuk dia menumpang aku di rumahnya..
Kami berjalan kaki ke rumahnya,kebetulan rumahnya berhadapan dengan sekolah..
Malam itu kami tidur dirumah neneknya..
Aku x dapat mengingati pukul berapa dan malam  itu aku merasakan tidak dapat untuk tidur,lebih tepat lagi.. tidak selesa seperti ada yang menggangu..
Keesokan paginya aku terlihat ada seorang lelaki separuh baya duduk di bahagian dapur sambil menulis surat..
Untuk siapa??pagi2 buta da tulis surat.. Arrrgggg itu bkan soalan bagiku,kata hatiku??
Tiba2 lelaki itu memberi surat itu padaku…surat untukku???
Aku pantas membuka dan terus menangis…surat itu memang untukku dan …
Lelaki itu jugalah yang menggangu tidurku malam tadi…arrrggghhhh…
Aku hampir pengsan saat surat itu bertukar tangan kepada kawanku…
Surat untuk minta maaf??? Atas perbuatannya???
Tengah hari itu,mama datang dan mengambilku…saat didalam kereta aku menunjuk akn surat tersebut..dan aku yakin mama akan memahami perasaanku ketika ini.akn menyabarkanku…
Tapi tekaanku 100% langsung meleset… mama dengan mudahnya menuduh aku bukan2,anak sial malukan mak bapak ,memaki hamun diriku yang xbersalah…
Dan yang paling aku xdapat  terima,mama menyampaikan berita itu sekaligus kepada saudara maranya…
Daripada itu Saudara mamaku langsung pandang serong padaku dan memanggilku dengan perkataan yang jijik…ana redha….
Sedih???menyesal sebab beritahu,saat itu hanya mama yang ada…aku???
Ana redha mama…aku redha ya ALLAH dengan ujianMu yang bsar ini…
Dan setelah bertahun aku dapat memaafkan perlakuan lelaki tersebut….
Menyesal???
"Awak tak pernah menyesal?"sahabatku pernah bertanya…
. "Untuk apa? Mereka yang melakukan kesalahan kepada saya telah saya maafkan. Mereka masih jahil. Mungkin juga kesalahan mereka pada saya yang akan membuka pintu hati mereka untuk bertaubat. Siapa tahu? Bukankah masa lalu itu amat mustahil untuk digapai? Masa hadapan pula sesuatu yang misteri. Saya bersyukur dengan apa yang terjadi. Ada hikmah di sebalik kejadian. Di ceruk lain di dunia, masih ada insan yang lebih hebat ujiannya dari saya. Husnu Zan (sangka baik) kepada Allah.Saya tahu, saya yakin, Allah sangat-sangat sayangkan saya.. kerana itu, sabar saya, pasti akan dapat saya tuai hasilnya!"

Feelings?
Good women are for good men and women are evil it is for men who are evil.
Allah will not change a people until such a change themselves
I found a hadith that says that the best man is the man who can make peace with those who damaged character, and by his own people is to change behavior
sometimes we will feel this self-humiliation, bad luck, the enemy of all things, is not fit to live, blooming and wide. actually common sense that people will then go through the sadness. life is not fair? or allegations that came to choose? this question all the questions that follow each other when the mind is always thinking ...

Aku x akan sesekali memahami lelaki…aku tak pernah berkawan rapat dengan lelaki kerana aku trauma…
Aku hanya akan rapat dengan perempuan…dan hampir2 digelar lesbian…yang penting ALLAH tahu apa yang tersirat di hatiku dan hanya DIA yang memahami…apa yang telah hambamu ini lakukan saat hidupnya…Engkau maha Mengetahui….
Semenjak aku balik untuk terus tinggal di kampungku…
Aku akan sentiasa dihimpit rasa bersalah… facebook ……
Menyuruh dan mencari untuk aku berkawan dengan lelaki….
Dan juga akan menghantarku keluar bersiar2 berdua2an…
Aku still aku….prinsip hidupku tiada bersentuhan kecuali sehingga kawin…
Dia yang memberi peluang untuk berkawan dan memutuskan…berdosanya aku..
Ramai yang menuduhku yang bukan2…
Ada yang menghormatiku,ada yang sebaliknya…
Aku tetap aku….sentiasa redha…ujian dan dugaan yang amat sukar…

Saudara maraku??
Saat aku menjaga anak kecil pakcikku???
Lelaki itu mengambil kesempatan…untuk memeluk dan mencium???
Dan menawarkan untuk tidur denganku…
Semua mempercayai lelaki itu…
Bila aku memberitahu mama…
Alah hang tu yang gatal…gedik….terpacu keluar dari mulutnya…
Ya ALLAH ,apakah nasibku ini??tiada siapa yang mampu membantu…Hanya Engkau Maha Mengetahui…

Aku yang baru pulang…
Mama menantikan aku di muka pintu…
Dan bertanyakan soalan2 yang pelik dan membingitkan…
Aku sentiasa sabar menunggu…agar jawapan yang diberi menyakinkan dia…
Dan Akhirnya sampailah seseorang yang memberitahu…

Keluar makan seketika dengan seseorang yang aku percayai!!!
Pang……dan beberapa libasan di paha,lengan dan kakiku…sambil mama memaki hamun diri ini…
Anak tak sedar diri???
Dan aku tidak pernah merengus… aku biarkan buluh itu hinggap di jasadku…
Memang salahku mungkin…
,ALLAH S.W.T sentiasa tahu pergerakanku…

Luka yang lama mungkin sukar untuk dipulih..
Atau luka yang berdarah kembali…kawan2 saat ini???
Entahlah aku xterfikir ada yang dapat menolong…masing2 dengan hal sendiri..dunia sekarang..
     Ya ALLAH,bantulah aku Ya ALLAH..sesungguhnya aku tidak mampu untuk menanggung asbab keseorang. Aku hambamu  yang amat lemah. Yang xmampu bersuara,Hanya mampu mngumpulkan tangis dan senyum yang dah mempunyai makna apa2. Ya ALLAH ya tuhanku,bantulah aku untuk aku bangun dan teruskan perjuangan ku sebagai hambamu. Berikanlah padaku kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan ini.Ya ALLAH…aku memohon kepadamu…engkau ampunkanlah dosaku pada sekalian umat,ibu bapaku,keluargaku,keluarga besarku…sekiranya saat ini engkau mahu mencabut nyawa…aku redha.saat ini aku akan melihat peluang kecebisan diri yang digelr hina ini...engkau bukakan lah pintu hati orang disekelilingku..Ya ALLAH saat ini engkau yang mampu memahami hati hambamu ini…aku ampunkan dosa orang padaku…ampunkan lah dosaku Ya ALLAH….engkau sedarkanlah mereka yang aku tidak seperti yang mereka sangkakan..aminnn… 
Aku tak akan hidup lama..
Daqwah yang tak dapat aku teruskan…
       Ya ALLAH,sesungguhnya aku meminta petunjuk yang baik dari-Mu,dengan ilmu-Mu,aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak,maka sesungguhnya Engkau berkuasa,aku tidak berkuasa,Engkau Maha Mengetahui dan Engkaulah yang paling meengetahui perkara-perkara ghaib.Ya ALLAH,ya tuhanku…jika Engkau Mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada ugamaku,duniaku, dan kesudahan urusanku buat masa ini dan buat masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan buat masa kini dan pada masa akan datang. Maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya… tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa dia atas segala sesuatu…
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
( Surah Al-Maidah 5: Ayat 2)

       Adik-adikku!!! Aku tersenyum melihat adik-adik perempuanku yang turut manis bertudung labuh. Aku ingin mereka menjadi gadis solehah. Dan juga menjadi muslimah yang sejati…
        Kawan2…aku akan sentiasa memahami anda sekalian.teruskan perjuangan kalian sebagai seorang muslimah dan muslim  yang taat dan patuh pada perintahNya dan k-2 ibu bapa...
        Sesiapa yang mengenal diri ini…maafkanlah diri ini…
" Ya Allah, ampunilah dosaku. Ampunilah juga dosa kedua ibu bapaku. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku masih kecil. Amin "
Ana???
. I? ordinary people will still accept the trials and challenges of God. always be strong in facing life. A true Muslim? I Do it? Sometimes when the mind is thought to be fast to think about nature and myself. a true Muslim? do I? ordinary people who often receive allegations
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

"Red zone, Doctor! 1st bed," cemas suara jururawat.
Aku tersentak dengan kuat…
Tiada nafas yang dapat ku hembuskan..
Suasana sekitar ku kembali bingar.
Bunyi mesin ventilator bersilih dengan suara orang ramai d sekelilingku…
Mama,abah,adik beradikku,dan yang mengenali diri ini…
Tiiittttttttttttttttttttttt……………….
Relakan pemergian diri ini…



(kisah benar yang dilalui oleh seorang muslimah...Al-Fatihah)

No comments:

Post a Comment